Tujuan utama saya menyertai Program ELWO adalah untuk ingin kembali sihat.
Pada Disember 2020, saya diserang penyakit darah tinggi secara tiba-tiba. Warna urine saya berubah menjadi merah dan berbuih. Fungsi buah pinggang saya merosot ke tahap 3B Punca nya adalah disebabkan saya stress melampau, kurang tidur dan tidak menjaga pemakanan saya ketika itu. Risaunya hati saya hanya tuhan yang tahu. Atas nasihat doktor, saya perlu menjalani gaya hidup. Perlahan-lahan saya mula tukar tabiat pemakanan saya.
Saya bermula dalam program ELWO mulai sesi 75 pada Februari 2021. Berat badan saya mencecah hampir 70kg. (Tinggi 158cm). Saya sangat excited hanya dalam tempoh 5 hari saya berjaya turunkan 3.15kg!!! Coach saya adalah Coach Azah yang sangat supportive dan sentiasa memberi semangat untuk saya.🌹❤️
Terlalu banyak ilmu tentang pemakanan dan gaya hidup sihat yang saya dapat di dalam Program ELWO. Ianya sangat membantu dalam proses penurunan berat badan saya. Kini saya telah berjaya menurunkan berat badan saya sebanyak 8.4kg dalam tempoh tidak sampai 4 bulan!! Sesuatu yang tidak pernah saya jangka.
Tahap kesihatan saya juga semakin baik. Perubahan yang paling ketara adalah warna urine saya berubah menjadi jernih semula. Syukur alhamdulillah. Impian saya hanyalah untuk menjadi lebih baik dari diri saya sebelum ini. Dapat menjalani kehidupan sihat sepanjang hayat di samping keluarga yang sangat saya sayang.
Semoga juga dapat memberi inspirasi dan menjadi insan yang dapat memberi nilai kepada insan lain. InshaAllah. Aamiin YRA.
=================================================
📲+6019-984 0291
Follow IG @ckhaslinda untuk perkongsian info kesihatan.
Follow FB Page : coaching4dietingonline atau
Info Pemakanan Sihat Kurus Secara Online
No comments:
Post a Comment